Assalamualaikum...
masa kursus ari tu, ustaz yg bg ceramah kata ucapan salam adalah doa plg mudah utk kita beri kpd org2 di sekeliling kita. betul sekali apa yg dia ckp tu. makna ucapan salam tu sendiri adalah "Sejahtera ke atas kamu". molek sgt maksudnya. jd biarlah aku mulakan coretan kt blog ni dgn ucapan salam kpd semua. semoga kita dirahmati Allah dlm kehidupan seharian kita. plg pendek pun ucaplah "Salam" sbb maknanya masih elok iaitu "Aman" (interpretasi la seeloknya k). jgn la main "sekom", "akum", "semekon". biarlah sebut elok2, ada makna yg cantik.
mlm td masa kt hotel sementara tunggu wife abis kursus aku saja je online. nk baca satu blog ni yg aku rasa amat menarik, tp x dpt sbb skrg dia cuma allow invited reader je. sesaja je login guna akaun google. tetiba terpampang di skrin laptop aku bahawasanya aku ada satu akaun blog yg bertahun 2006.
"aku ada blog rupanya. bila masa aku tulis?" ternyata mmg aku ada masalah hilang ingatan bbrp tahun ni. itula psl, sapa suh mkn dadah byk sgt. jd sambil aku tgu wife, belek2 la blog tu. menarik juga ek klu aku sambung je, walaupun lps 3 tahun. saja suka2. bila tanya apa tu blog? aku pun tatau camne nk jwb. bg aku blog ni cuma tmpt utk menulis dgn bebas. x kisah pun org baca ke tidak. kita tulis utk puaskn hati n diri sndiri. kdg rasa nk lepas geram. kdg saja nk berjiwang karat. kdg saja nk simpan pedoman2 utk tgk blk nnt. mcm yg jd pd aku. bila baca blk 2 entry yg aku tulis 3 tahun lps tu. bru aku teringat yg betapa aku suka keje aku dlu, berbanding keje aku skrg.
ye, aku dh tukar keje sejak bbrp tahun dlu tu. aku bkn lg mengajar, keje yg aku suka. aku skrg ni desk officer yg sentiasa bosan, mencari jln keluar dr work life aku yg pathetic ni. jd mungkin blog ni akan jd tmpt aku mengadu domba, utk aku sndiri gak baca nnt. mcm budak2 dlu suka tulis diari la. apa2 semua diari jd mangsa. cuma ini versi internet. org lain pun boleh baca klu dibenarkan oleh penulis.
hmm...aku ada meeting kt Pekan ni kul 11.30. smpt la gerak kul 10.30 kang. nk jumpe boss ada guest lak dlm bilik dia. xpe la blk kang bru jumpe. klu dia ada lg la jap gi. mlm td aku terpk cam nk cr keje lain. mmg aku dh dpt keje lain ari tu, tpaksa tolak sbb jauh sgt nun di Tawau, Sabah. susah gak pk famili semua. xpe la cr rezeki lain. wife tanya aku x nyesal ke tolak keje tu. tp bila pk pjg2, dlm2 famili lebih utama dlm list aku. keje, aku masih ada keje walaupun aku x suka keje ni. pelan2 kayuh smpi dpt offer lain. InsyaAllah...
Assalamualaikum... Sejahtera ke atas kamu... dan aku juga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment